Saturday, February 20, 2010

MRSM akhir tahun 2009




Majlis Graduasi di MRSM Kuantan, majlis penyampaian sijil kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di maktab. Kecemerlangan pelajar dirai bersama guru-guru dan ibu bapa. Majlis dirasmikan oleh Canselor UMP serta dihadiri oleh Pengerusi MARA Negeri dan Pengetua-pengetua MRSM yang berhampiran.



Lawatan Kelab Biotech ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) memberi banyak peluang kepada pelajar menjelajah Makmal Kejuruteraan Kimia terbesar di Asia Tenggara. Di sini pelajar UMP boleh menjalankan pelbagai kajian meliputi bidang kimia, kejuruteraan, bio-herba dan oleokimia.
Pelajar MRSM berpeluang menggunakan makmal untuk merealisasikan projek SEM Type 3.


Sambutan raya puasa turut disambut bersama pelajar di Maktab, mereka akan menghias kelas seperti rumah terbuka, lalu menjemput guru-guru dan rakan mengunjungi kelas. Juadah utama satay ayam akan disulami dengan kuih muih yang dibawa sendiri oleh pelajar.

No comments:

Post a Comment