Tuesday, May 31, 2011

Result Sains Form 3 Sem 1 2011

Setelah penat menanda paper Science Form 3, 3 kelas, tiba masa untuk menganalisa GPS Maktab. Result agak memberangsangkan, walaupun rasa kurang memuaskan sepanjang menanda. Denda apa yang sesuai untuk pelajar setelah masuk maktab, supaya pelajar-pelajar ini menghargai ilmu yang diberi?

Saturday, February 20, 2010

Permulaan 2010 MRSM Kuantan

Antara aktiviti dalam Kem Bina Insan, minggu Re-orentasi di Taman Pertanian, Kuantan.


Bagi tingkatan 2 dan 5, setelah minggu Re-orentasi selesai pada minggu pertama, kelas akademik bermula. Dengan sylibus campacting dari BPLM, pelajar perlu menamatkan syllibus dalam masa terdekat dan memberi ruang untuk mengulangkaji pelajaran, sebelum peperiksaan utama menjelang. Semangat pelajar terpancar diwajah, tatkala 2010 menjelma.

MRSM akhir tahun 2009




Majlis Graduasi di MRSM Kuantan, majlis penyampaian sijil kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di maktab. Kecemerlangan pelajar dirai bersama guru-guru dan ibu bapa. Majlis dirasmikan oleh Canselor UMP serta dihadiri oleh Pengerusi MARA Negeri dan Pengetua-pengetua MRSM yang berhampiran.



Lawatan Kelab Biotech ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) memberi banyak peluang kepada pelajar menjelajah Makmal Kejuruteraan Kimia terbesar di Asia Tenggara. Di sini pelajar UMP boleh menjalankan pelbagai kajian meliputi bidang kimia, kejuruteraan, bio-herba dan oleokimia.
Pelajar MRSM berpeluang menggunakan makmal untuk merealisasikan projek SEM Type 3.


Sambutan raya puasa turut disambut bersama pelajar di Maktab, mereka akan menghias kelas seperti rumah terbuka, lalu menjemput guru-guru dan rakan mengunjungi kelas. Juadah utama satay ayam akan disulami dengan kuih muih yang dibawa sendiri oleh pelajar.

Saturday, November 28, 2009

Biology Paper for SPM

Terjumpa pula! Blog tentang tip2 soalan paper Bio SPM...

SPM Biology 2009 – Tips and Predictions for Papers 4551/1 , 4551/2 and 4551/3

SPM Biology 2009 – Tips and Predictions for Papers 4551/1 , 4551/2 and 4551/3
BIT Paper 1
All the questions are evenly distributed, so there are not chances for you to skip any chapter. So work hard on these important chapters!

Berry Important Topics:
Chapter 2 – Cell Structure and Cell Organisation
Chapter 3 – Movement of Substances across the Plasma Membrane
Chapter 6 – Nutrition
Chapter 10 – Transport
Chapter 12 – Coordination and Response
Chapter 13 – Reproduction and Growth
Chapter 14 – Inheritance

All of these topic that I have mentioned are Berry Berry Important Topic, so do not ever think to skip these BIT!

Gud luck for SPM candidate of MRSM Kuantan.

Friday, November 6, 2009

Target untuk menyertai I-sweeep 2010

I-SWEEEP 2010 ( April 14-19, 2010)

The Second Annual International Sustainable World (Energy, Engineering & Environment) Project Olympiad (I-SWEEEP 2009) was completed successfully. Cosmos Foundation, event organizer, presented Grand Awards at the I-SWEEEP 2009 Award Ceremony. The I-SWEEEP Awards are valued at nearly $400,000 in scholarships, monetary prizes, tuition grants, and scientific internships. I-SWEEEP 2010 will be held between April 14 and April 19, 2010.


*Jika anda mempunyai idea kreatif tentang R&D dalam bidang Energy, Engineering atau Environment, post kepada saya supaya kita dapat berkongsi kepakaran dan kemenangan.

Wednesday, October 21, 2009

Tuesday, October 20, 2009

Seorang Guru




Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979